Pengenalan Kabel Coaxial
Kabel Coaxial ialah sejenis kabel rangkaian yang digunakan untuk menghantar isyarat data dalam bentuk elektrik. Kabel ini dinamakan “coaxial” kerana ia mempunyai dua konduktor yang berkongsi paksi yang sama, iaitu wayar di bahagian tengah dan lapisan pelindung di sekelilingnya.
Kabel Coaxial pernah digunakan secara meluas dalam rangkaian komputer lama dan masih digunakan hari ini dalam sistem seperti televisyen kabel, CCTV, dan rangkaian broadband

Struktur Kabel Coaxial
Konduktor Tengah (Inner Conductor)
- Biasanya diperbuat daripada wayar tembaga pepejal (solid copper) atau aloi tembaga bersalut
- Membawa isyarat elektrik/data
Penebat Dalaman (Dielectric Insulator)
- Bahan buih plastik (foam polyethylene)
- Menjarakkan konduktor tengah daripada pelindung seterusnya
- Menyokong prestasi isyarat dengan mengekalkan impedans yang konsisten
Lapisan Pelindung / Shielding (Pertama)
- Foil aluminium
- Mengurangkan gangguan elektromagnet luar
Lapisan Pelindung / Shielding (Kedua)
- Anyaman dawai logam (braid) yang tebal
- Memberi perlindungan tambahan terhadap gangguan
- Meningkatkan kebolehan kabel menahan interferens
Selubung Luar (Outer Jacket)
Biasanya berwarna hitam atau putih
Plastik luar yang melindungi kabel daripada kerosakan fizikal dan cuaca
Fungsi Kabel Coaxial
Antara fungsi utama kabel Coaxial ialah:
- Menyokong penghantaran data yang lebih stabil
- Menghantar data dan isyarat video pada jarak yang lebih jauh
- Mengurangkan gangguan isyarat berbanding kabel biasa
