Jenis Connector Kabel Coaxial

1.BNC (Bayonet Neill–Concelman)

menggunakan sistem kunci bayonet yang kukuh serta mudah dipasang dan ditanggalkan, yang lazimnya digunakan dalam sistem CCTV, peralatan video lama, dan rangkaian komputer lama seperti 10Base2.


2. F-Type Connector

merupakan penyambung paling ringkas dan murah yang menggunakan teras kabel sebagai pin penyambung, serta digunakan secara meluas untuk TV kabel, satelit seperti Astro, dan modem kabel.


3. N-Type Connector

merupakan penyambung koaksial untuk isyarat RF berfrekuensi tinggi yang mempunyai skru (threaded coupling) untuk sambungan kukuh dan tahan lasak, serta digunakan secara meluas dalam sistem telekomunikasi, Wi-Fi, antena, dan peralatan ujian RF kerana kelebihannya yang stabil dan tidak mudah longgar.


4. RCA Connector

yang biasa dikenali sebagai penyambung berwarna kuning, merah, dan putih, digunakan untuk menghantar isyarat audio dan video analog pada peranti seperti TV lama, pemain DVD, serta sistem AV.


5. TNC (Threaded Neill–Concelman)

merupakan versi berulir bagi BNC yang lebih tahan terhadap gegaran serta gangguan, dan lazimnya digunakan dalam peralatan komunikasi tanpa wayar serta sistem RF.


6. SMA Connector

mempunyai saiz yang lebih kecil dengan sambungan berulir yang direka untuk frekuensi sangat tinggi, serta sering digunakan dalam peranti WiFi, antena kecil, dan peralatan RF moden.


Jenis ConnectorKegunaan Utama
BNCCCTV, video
F-TypeTV kabel, satelit
N-TypeAntena, outdoor
RCAAudio & video
TNCRF, wireless
SMAWiFi, antena kecil
Scroll to Top